
1. Boleh gunakan semua pencuci kereta yang ada dipasaran Cuma jangan pulak guna pencuci pinggan! Ni sbb sabun pinggan mempunyai sifat menghakis yang kuat. Rosak cat kereta nanti.
2. Gunakan kain atau span microfiber kerana kain microfiber akan membantu menghilangkan kotoran2 degil dengan selamat
3. Basuh kereta gunakan system 2 baldi, maksudnya 1 baldi utk sabun, 1 baldi lagi untuk membilas sabun.
4. Bilas dulu kereta sebelum membersihkan tayar & rim sebab mengelakan kotoran melekat semula pada kereta.
5. bersihkan tayar & rim guna berus . elak gunakan bahan kimia yang biasa digunakan untuk membersihkan enjin kereta, ia boleh menyebabkan rim cepat pudar.
6. Lap juga bahagian celah pintu & panel kereta. Gunakan kain microfiber kering.
7. Selesai bahagian luar, kemas pula bahagian dalam gunakan vacum. Vacum karpet kaki dan tempat duduk. Buang segala sampah yang ada. Jangan nanti ada lipas plak dalam kereta tu !
Selamat Mencuba..!!